Wednesday, 26 December 2012

A month later...

Sebulan kemudian...

Duduk rumah bosan, betul gua cakap. Tapi kadang-kadang tak bosan pun. Kena pandai-pandai la bawak diri kann?

Sekarang on the way ambik lesen, entry lepas dah bagitau kan? Sabtu ni kena dengar ceramah lagi sekali. Yeah mann

 

Jumaat ni ada buat gathering family. Big family. Buat barbecue, panggang-panggang.. macam tu la. Lagi sekali. Yeayyy!! Bestnya makan. Lepas habis SPM ni ada hobi baru, MAKAN. Well, typical Malaysians.

Oh, buku-buku rujukan on the way dikemaskan. Susun-susun then hantar kat rumah ayah. Kenapa? Sebab kat rumah ayah ada library. Hehe, nak cerita sikit. Library tu pernah masuk pertandingan. Menang! Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan. Kategori apa, tak ingat pulak. Sekarang library tu sedang dalam penjenamaan semula. Cantikk!! Nak tengok, datang la. Tapi tunggu lepas siap kemas eh. Nanti NH cakap kat ayah ada orang nak datang. Muehehe. Eh, serius la.

Buku-buku latihan tu pun taktau nak buat apa. Rasanya takkan guna lagi. Kalau sesiapa nak, bagitau je. Tapi kalau takde siapa nak, takpe. NH boleh je simpan. Mana tau adik-adik boleh guna ke. Hehh, yela sangat.

NH? Yeah, nama baru... It stands for my full and real name. Blablabla.....

Lima hari lagi dah nak masuk tahun baru. 2013, please be nice. Thank you.

LALALALALA.....!!!!!






Tuesday, 4 December 2012

A week after SPM

Harini genap seminggu habis SPM. Yuhuu, lambat betul bagitau. Lagi tiga minggu masuk tahun 2013, fuuuu, dah takde lagi beli baju sekolah untuk tahun depan yang selalu beli oversized sebab beli last minute, beli kasut sekolah yang selalu saiz dah habis, beli buku latihan dekat koperasi sekolah, alat tulis & etc etc. Oh, beg sekolah memang jarang beli. Selalu beli dua-tiga tahun sekali. Anak mithali kan saya? Suka jimatkan duit parents. Haha, konon.

Hari Khamis ni kena pergi sekolah untuk pulang buku teks. Malasnya! Buku tak balut lagi, tak cari lagi, jumlah semua buku pun tak tau. Suka buat kerja last minute, TAK BAGUS!

Hujung minggu ni pergi holiday. YEAYY!! Kecoh kan?

Nak pergi cari kerja, tapi kena tunggu sorang kawan ni balik cuti dari Cameron Highlands dulu. Amboi-sehari-lepas-habis-SPM-terus-pergi-holiday-hebat-kau-kawan! Then baru pergi cari kerja sama-sama, itupun kalau spirit kerja tu ada lagi laa.

Haritu baru daftar lesen kereta. YEAYYY-tripleY. TAK SABAR TAHU ?! (padahal baru pergi KPP, ujian komputer pun tak ambik lagi, HEBOH!). Mestilah, saya kan excited. Saya? Haha, SKEMA!

So, BYE? Sampai harini still taktau what is the best way to end a post.

Sunday, 16 September 2012

So short, so what ?

Physical imperfections are a big deal to most people, and being vertically-challenged is one of them.

I know I'm short and I do feel bad about myself, but what can I do ? I've been keeping this to myself but not anymore.
Sometime I feels insecure because I always surrounded by taller peers.
People tell me to jump a lot and drink milk but it has never worked and, well, I guess I'm destined to be this way.
Forcing myself to wear heels and do things that can be harmful won't help. But then again, how can I wear killer heels when I only own sneakers, flats and flip-flops ?

To all less-tall people out there, we just have to deal with it and keep on living. God made us like this and you've got to admit, short is the new cute !

Some people can be neurotic about being tall and having super long legs like models. However, I lives by my own saying, ' I'M SHORT AND I KNOW IT ! '.
Well, just to gain confidence.


p/s; DON'T PISS OFF SHORT PEOPLE !









Sunday, 22 July 2012

Friday, 1 June 2012

Please be nice

Yeay ! Exam dah habis. Patutnya 21 haribulan dah habis dah tapi postpone pulak sampai 22 haribulan sebab ada sambutan hari guru. Fuhh, bosannya tengok paper hari hari. Kesian kat bumi, pokok sebab kena tebang . Yelahh, kan nak buat paper. Lainlah kalau jawab exam online.

Sekarang cuti pulak dua minggu, tapi sikit pun tak rasa macam cuti. Dengan kelas tambahan la, tuisyen la, VIP Program la, homework la, revision lagi. Semua SPM punya pasal. Jun oh Jun, please be nice to me.

Haritu Pengetua ada cakap, siapa yang gagal paper exam, kena repeat. Tapi subjek teras dengan AddMath je. Itupun kalau markah 29 ke bawah. Cikgu cikgu yang over excited ni pulak cakap SEMUA paper yang markah 29 ke bawah kena repeat. Tah pape. Nampak sangat masa Pengetua berucap tak mendengar. Gosip je lebih. Tapi beriya suruh student senyap and ambik perhatian masa guru berucap. Sungguh la bukan contoh yang baik. Masa sambutan hari guru haritu pun sama jugak. Masing masing taknak bagi kerjasama. Certain je yang sporting, mendengar kata. Oh, sungguh bukan contoh yang baik, AGAIN.

Bukan nak kutuk cikgu, tapi tulah hakikatnya. Takde angin, takde ribut, takkanlah pokok nak bergoyang. Tapi kalau ada haiwan atau manusia yang gerakkan, pokok tu boleh je bergoyang kan? Eh.

Haa kau! Kau yang tengah baca ni. Kalau kau satu sekolah dengan aku, mesti kau tahu kan? Kalau taktau, diam diam sudah. Jangan nak buat propa satu sekolah. Biasalah, budak sekolah aku lain sikit. Hormon belum stabil. Baru nak hidup. Kalau kita bukan satu sekolah, oh, HAI STRANGERS ! Kalau awak awak ni lagi senior a.k.a. tua dari saya, oh, HAI KAKAKABANGMAKCIKPAKCIK ! Maaf lah bahasa kasar sikit. Biasalah, budak tak matang. Eh.

Taknak la cerita pasal sekolah, stalker mulut macam pffttt ramai sangat. *Konon adalah. Well, kita mesti berhati hati kan? Stalker ni terel sangat. Susah nak trace. Nama pun STALKER.

SPM lagi berapa hari entah. Tak ready lagi ni. Come on. Just Do It !

Dah la. Government was so great. They gave us 6 years for UPSR, 3 years for PMR, and just 2 years for SPM ? Oh my ..

Bukan kutuk kerajaan, saja je cakap. Muehehe. Nanti ada pulak yang fitnah cakap aku kutuk kerajaan. Free free je jadi macam kes sorang budak ni. Dia kutuk kerajaan kat Facebook, lepas tu someone yang ada kena mengena dengan kerajaan ni pulak terbaca statement yang dia mengutuk tu. Masa tu dia baru lepas SPM. Result gempak habis tapi sebabkan statement dia tu, dia tak dapat tawaran mana mana. Scholarship pun tak dapat jugak. Kesian kesian kesian. Kerana mulut, badan binasa. Eh. Kerana jari, masa depan binasa. Tapi boleh pulak dia marah marah government sebab tak tawarkan dia sambung belajar kat mana mana. Ada ke?

Well, think before you do something.





Saturday, 12 May 2012

Mission - Mid Year Examination

Starting from 9/5/2012 until 21/5/2012. I have a mission. Exam. Yeah. Exam. Wish me luck. Wuhuu. And then, CUTI LA WOII !

p/s; still tak dapat cuti puas-puas pasal ada program seminggu untuk budak-budak nak exam this year, SPM ; PMR. Holy shit !
* bila masuk sekolah balik, ada program lagi ! Woahhh, bila hidup nak senang ni = =' .

Sunday, 11 March 2012

First Assessment and finally , Holiii-DAY !

last week was the first assessment test. I finally managed to overcome it. *Although I didn't make proper preparations. nice!  

** I always remind myself not to learn at last minute. but till now, I still can't do it. NICE AGAIN.

and..



FINALLY, it was HOLIII-DAY !



but it is not a real holiday for me. I had to go to camp language. boring!
I hate it. we need to wear clothes * that when we hear it we will say -- WHAT ? PLEASE DON'T LIE !!


not because I hate BAJU KURUNG, but because others and I had to wear that clothes for ten hours. what?
 
with the light and the heat of the hot and sexy sun, did you realize that? did you know what I mean? help me. = = '


school had turned my day upside down ! AGAIN.....

Saturday, 28 January 2012

Nenek HOT

tadi kan , masa makan tengahhari , saya makan dengan adik adik and nenek . lauk best .

plusplus , something happened . apa dia ?



jeng jeng jeng . . . . .



perbualan hangat tengahhari tadi ;

N ; tak masin laa ikan masin ni
W ; tak masin ? hmm . wan basuh dulu ikan ni tadi
; ohh
W; ikan ni hilang masa kenduri haritu . puas wan cari . tak jumpa jumpa . tu baru jumpa tadi
N ; haa ? ohh
W ; wan jumpa masa tengah sapu sapu tadi
; *gulp
W ; wan jumpa bawah almari / freezer
N ; *stop makan+mengunyah+telan .
                       biar betul wan ni ?
W ; ha yelah . (lepas 2 3 saat ) ikan ni dalam plastik lah masa jatuh tu
; fuhh ( lega ) . ingatkan jatuh atas lantai macam tu jee . *sambung makan
; takdelah . dalam plastik . kau ni !
N ; hee ^_^ ( berfikiran negatif betul )




MORAL OF THE STORY ? =='

Friday, 13 January 2012

Back to school , again

Dah lebih kurang dua minggu sekolah start . ada yang happy , ada yang benci . but for me, it was 60-40 . the 60 was hated and the 40 was loved .

Many reasons why I hated school ( but not too much ) as :-

~ use pen & paper to write notes . tak boleh ke taip je guna laptop ? zaman IT la awak =='

~ toilet wangi melampau

~ homework ? ( masih dalam perbincangan , patut masuk list atau tak )


sikit je la . memang tak lah kalau nak bagitau semua . ada pulak yang terasa nanti . free free je kena saman nanti . saya taknak . saya takde duit . kalau ada pun , saya nak guna untuk study nanti . kesian la kat saya . eh ?

sebenarnya banyak jugak benda best kat sekolah ni tapi kena pandai cari lah . mungkin sebab ada cikgu yang sporting , jumpa kawan yang otak gila gila , dapat result gempak . moment tu semua memang mahal !
tak boleh beli , takkan dapat kutip kat tepi jalan & jangan harap ada orang nak hulur kat kau .


sebab sebab best kat sekolah :-

~ main dalam kelas tyme cikgu takde . tak matang betul

~ students paling suka bila dapat cikgu yang hot . tak kisah la beliau tu ajar faham ke tak , good or bad , nice or worst . confirm kelas jadi ceria & gempak pasal dapat cuci mata ^_^

~ tak suka bila dapat homework . boleh tak kalau bagi alasan ALIEN ATE MY HOMEWORK kat cikgu ?

~ mesti best kalau belajar topik yang HOT . kalau budak form 3 , dyeorang kan ada CHAPTER 4 . tapi sape yang ambik BIOLOGY , lagi seronok . KAN ? ^_^
( tapi lagi best kalau cara cikgu tu mengajar SUPERB . kan ? )

~ best jugak sekolah ni sebab ada sesi fotografi untuk majalah sekolah . masa ni la saja nak menayang muka . main masuk je kelab apa pun . janji banyak gambar diri sendiri dalam majalah . 

~ last but not least , kat sekolah lah wujudnya PUPPY LOVE , CINTA MONYET , COUPLE & sebagainya . ada jugak orang yang mula bercinta dari zaman tak matang , last last kahwin jugak . 
ada jugak yang tak kahwin . jangan jadi drama swasta sekarang ni sudah , sampai buang buang anak !
( tiba tiba teringat kat filem SONGLAP )


akhirulkalam ( mempraktikkan perkataan untuk SPM nanti ) , sekolah ni ikut hati kita je . kalau kita rasa benci , bosan la sekolah tu jadinya . kalau rasa suka , best la sekolah tu . kalau kita pandai cari kawan , pandai pilih kawan , lagi seronok lah hari hari yang akan kita lalui dalam hidup kita . suasana belajar pun jadi lain . kena pandai survive laa!

kepada beliau beliau , jangan nak terasa atau ambil hati . entry ni tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pergi meninggalkan kita . kalau ye pun , hanyalah kebetulan sahaja !

nak taknak kena jugak terima kita sekolah lebih dari 1/4 hari . setengah hari pun ada jugak . macam mana pun kita buat , kita takkan boleh lari dari sekolah , melainkan kalau kau pergi panjat pagar , ponteng sekolah atau kuasa Tuhan . tak faham ? KENA TARIK NYAWA laa =='

INGAT ! 

LIVE YOUR LIFE !! ^_^

p/s ; first first tadi ada letak gambar , tapi ada problem pulak  . ish =='