Yeay ! Exam dah habis. Patutnya 21 haribulan dah habis dah tapi postpone pulak sampai 22 haribulan sebab ada sambutan hari guru. Fuhh, bosannya tengok paper hari hari. Kesian kat bumi, pokok sebab kena tebang . Yelahh, kan nak buat paper. Lainlah kalau jawab exam online.
Sekarang cuti pulak dua minggu, tapi sikit pun tak rasa macam cuti. Dengan kelas tambahan la, tuisyen la, VIP Program la, homework la, revision lagi. Semua SPM punya pasal. Jun oh Jun, please be nice to me.
Haritu Pengetua ada cakap, siapa yang gagal paper exam, kena repeat. Tapi subjek teras dengan AddMath je. Itupun kalau markah 29 ke bawah. Cikgu cikgu yang over excited ni pulak cakap SEMUA paper yang markah 29 ke bawah kena repeat. Tah pape. Nampak sangat masa Pengetua berucap tak mendengar. Gosip je lebih. Tapi beriya suruh student senyap and ambik perhatian masa guru berucap. Sungguh la bukan contoh yang baik. Masa sambutan hari guru haritu pun sama jugak. Masing masing taknak bagi kerjasama. Certain je yang sporting, mendengar kata. Oh, sungguh bukan contoh yang baik, AGAIN.
Bukan nak kutuk cikgu, tapi tulah hakikatnya. Takde angin, takde ribut, takkanlah pokok nak bergoyang. Tapi kalau ada haiwan atau manusia yang gerakkan, pokok tu boleh je bergoyang kan? Eh.
Haa kau! Kau yang tengah baca ni. Kalau kau satu sekolah dengan aku, mesti kau tahu kan? Kalau taktau, diam diam sudah. Jangan nak buat propa satu sekolah. Biasalah, budak sekolah aku lain sikit. Hormon belum stabil. Baru nak hidup. Kalau kita bukan satu sekolah, oh, HAI STRANGERS ! Kalau awak awak ni lagi senior a.k.a. tua dari saya, oh, HAI KAKAKABANGMAKCIKPAKCIK ! Maaf lah bahasa kasar sikit. Biasalah, budak tak matang. Eh.
Taknak la cerita pasal sekolah, stalker mulut macam pffttt ramai sangat. *Konon adalah. Well, kita mesti berhati hati kan? Stalker ni terel sangat. Susah nak trace. Nama pun STALKER.
SPM lagi berapa hari entah. Tak ready lagi ni. Come on. Just Do It !
Dah la. Government was so great. They gave us 6 years for UPSR, 3 years for PMR, and just 2 years for SPM ? Oh my ..
Bukan kutuk kerajaan, saja je cakap. Muehehe. Nanti ada pulak yang fitnah cakap aku kutuk kerajaan. Free free je jadi macam kes sorang budak ni. Dia kutuk kerajaan kat Facebook, lepas tu someone yang ada kena mengena dengan kerajaan ni pulak terbaca statement yang dia mengutuk tu. Masa tu dia baru lepas SPM. Result gempak habis tapi sebabkan statement dia tu, dia tak dapat tawaran mana mana. Scholarship pun tak dapat jugak. Kesian kesian kesian. Kerana mulut, badan binasa. Eh. Kerana jari, masa depan binasa. Tapi boleh pulak dia marah marah government sebab tak tawarkan dia sambung belajar kat mana mana. Ada ke?
Well, think before you do something.
No comments:
Post a Comment