Tuesday, 4 December 2012

A week after SPM

Harini genap seminggu habis SPM. Yuhuu, lambat betul bagitau. Lagi tiga minggu masuk tahun 2013, fuuuu, dah takde lagi beli baju sekolah untuk tahun depan yang selalu beli oversized sebab beli last minute, beli kasut sekolah yang selalu saiz dah habis, beli buku latihan dekat koperasi sekolah, alat tulis & etc etc. Oh, beg sekolah memang jarang beli. Selalu beli dua-tiga tahun sekali. Anak mithali kan saya? Suka jimatkan duit parents. Haha, konon.

Hari Khamis ni kena pergi sekolah untuk pulang buku teks. Malasnya! Buku tak balut lagi, tak cari lagi, jumlah semua buku pun tak tau. Suka buat kerja last minute, TAK BAGUS!

Hujung minggu ni pergi holiday. YEAYY!! Kecoh kan?

Nak pergi cari kerja, tapi kena tunggu sorang kawan ni balik cuti dari Cameron Highlands dulu. Amboi-sehari-lepas-habis-SPM-terus-pergi-holiday-hebat-kau-kawan! Then baru pergi cari kerja sama-sama, itupun kalau spirit kerja tu ada lagi laa.

Haritu baru daftar lesen kereta. YEAYYY-tripleY. TAK SABAR TAHU ?! (padahal baru pergi KPP, ujian komputer pun tak ambik lagi, HEBOH!). Mestilah, saya kan excited. Saya? Haha, SKEMA!

So, BYE? Sampai harini still taktau what is the best way to end a post.

No comments:

Post a Comment