Wednesday, 26 December 2012

A month later...

Sebulan kemudian...

Duduk rumah bosan, betul gua cakap. Tapi kadang-kadang tak bosan pun. Kena pandai-pandai la bawak diri kann?

Sekarang on the way ambik lesen, entry lepas dah bagitau kan? Sabtu ni kena dengar ceramah lagi sekali. Yeah mann

 

Jumaat ni ada buat gathering family. Big family. Buat barbecue, panggang-panggang.. macam tu la. Lagi sekali. Yeayyy!! Bestnya makan. Lepas habis SPM ni ada hobi baru, MAKAN. Well, typical Malaysians.

Oh, buku-buku rujukan on the way dikemaskan. Susun-susun then hantar kat rumah ayah. Kenapa? Sebab kat rumah ayah ada library. Hehe, nak cerita sikit. Library tu pernah masuk pertandingan. Menang! Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan. Kategori apa, tak ingat pulak. Sekarang library tu sedang dalam penjenamaan semula. Cantikk!! Nak tengok, datang la. Tapi tunggu lepas siap kemas eh. Nanti NH cakap kat ayah ada orang nak datang. Muehehe. Eh, serius la.

Buku-buku latihan tu pun taktau nak buat apa. Rasanya takkan guna lagi. Kalau sesiapa nak, bagitau je. Tapi kalau takde siapa nak, takpe. NH boleh je simpan. Mana tau adik-adik boleh guna ke. Hehh, yela sangat.

NH? Yeah, nama baru... It stands for my full and real name. Blablabla.....

Lima hari lagi dah nak masuk tahun baru. 2013, please be nice. Thank you.

LALALALALA.....!!!!!






Tuesday, 4 December 2012

A week after SPM

Harini genap seminggu habis SPM. Yuhuu, lambat betul bagitau. Lagi tiga minggu masuk tahun 2013, fuuuu, dah takde lagi beli baju sekolah untuk tahun depan yang selalu beli oversized sebab beli last minute, beli kasut sekolah yang selalu saiz dah habis, beli buku latihan dekat koperasi sekolah, alat tulis & etc etc. Oh, beg sekolah memang jarang beli. Selalu beli dua-tiga tahun sekali. Anak mithali kan saya? Suka jimatkan duit parents. Haha, konon.

Hari Khamis ni kena pergi sekolah untuk pulang buku teks. Malasnya! Buku tak balut lagi, tak cari lagi, jumlah semua buku pun tak tau. Suka buat kerja last minute, TAK BAGUS!

Hujung minggu ni pergi holiday. YEAYY!! Kecoh kan?

Nak pergi cari kerja, tapi kena tunggu sorang kawan ni balik cuti dari Cameron Highlands dulu. Amboi-sehari-lepas-habis-SPM-terus-pergi-holiday-hebat-kau-kawan! Then baru pergi cari kerja sama-sama, itupun kalau spirit kerja tu ada lagi laa.

Haritu baru daftar lesen kereta. YEAYYY-tripleY. TAK SABAR TAHU ?! (padahal baru pergi KPP, ujian komputer pun tak ambik lagi, HEBOH!). Mestilah, saya kan excited. Saya? Haha, SKEMA!

So, BYE? Sampai harini still taktau what is the best way to end a post.