Friday, 8 April 2011
1001 perisa
lama dah tak post kat blog ni. macam tak wujud je aku rasa. banyak benda dah jadi kat sekolah. pasal drama, debate, pantun, bahas, syarahan, bola jaring, tennis, bola, pesta tamil & MTAQ. tapi, dalam banyak banyak benda ni, satu aktiviti pun aku tak terlibat. sibuk nak cerita pasal bakal bakal sijil yang kawan kawan akan dapat. tak senonoh punya pelajar!
tahun lepas punya sijil futsal pun tak dapat lagi tapi haritu cikgu mazwan ada cakap yang ada tournament futsal tak lama lagi tapi tak sure pulak bila sebab cikgu tak inform inform pun sampai sekarang. cikgu lupa kott. almaklumlah, makin muda..
ujian bulanan pertama dah lama lepas. dah dapat result dah pun. semua lulus. yeay! kedudukan dalam kelas dapat nombor tiga je tapi kedudukan dalam tingkatan cikgu tak inform pulak. baru berapa minggu result tuh keluar, dah nak buat lagi satu ujian pulak. next week! ujian bulanan yang kedua. belum ulangkaji pun lagi. takde semangatlah..
bola haritu dapat masuk final. wahh! tahniahlah player player sekalian. final dengan SMK KLIA, Nilai. pengetua sekolah tu dulu sebelum ni jadi pengetua kat sekolah aku. so memang fight habis la. lapan buah bas dan berpuluh puluh kereta penyokong sekolah aku datang, tapi tak bernasib baik dan takde rezeki pulak. kalah tipis 2-1. takpelah, janji korang dapat masuk final kan? masa tu game buat kat Stadium Paroi. aku tak dapat pergi. ada rasa sedih sikit, happy sikit. hee..
till here, tata & daa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

bola bola bola
ReplyDelete