Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya. Ketika dia membuka pintu keretanya, sebuah lori memecut terlalu dekat menyebabkan berlaku pelanggaran dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dengan kuat.
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.
Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang daripada mereka berkata, " Saya tidak sangka yang sifat materialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. Engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain. "
" Kenapa engkau berkata demikian? ", tanya si peguam lelaki itu menjawab.
" Tidakkah engkau sedar bahawa lengan kiri engkau sudah terputus diseret lori tadi? "
" Ya Tuhan!! ", jerit si peguam tadi dengan kuat..
" Di mana jam tangan Rolex saya?!! "
No comments:
Post a Comment