Wednesday, 27 October 2010

the happiest day

aku hujung paling kiri

aku yang pakai kasut putih

 
it is all about futsal.semalam ada game futsal kat Kompleks Rakan Muda,Kuala Pilah.memang best sangat la semalam.enjoy gila.santai habis.walaupun team perempuan kalah,at least team lelaki menang lar jugak.haha.hebat betul masing-masing maen.jeles! =_='

muka dah berbelang dah.semua sebab berjemur punya pasal.nak sokong team TMS,semua kitorang sanggup kott.pasal penat sangat semalam,hari ni cuti satu hari.baju,seluar pulang esok tapi takut tak kering jela sebab sekarang ni tengah hujan.dari subuh tadi tak berhenti.hmm,hujan itu nikmat.tidur juga menjadi lenaaa~


esok dak ragbi ada game kat SMK Za'ba.dak futsal akan join untuk bagi sokongan.good luck!

Thursday, 21 October 2010

Materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya. Ketika dia membuka pintu keretanya, sebuah lori memecut terlalu dekat menyebabkan berlaku pelanggaran dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dengan kuat.

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang daripada mereka berkata, " Saya tidak sangka yang sifat materialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. Engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain. "

" Kenapa engkau berkata demikian? ", tanya si peguam lelaki itu menjawab.

" Tidakkah engkau sedar bahawa lengan kiri engkau sudah terputus diseret lori tadi? "

" Ya Tuhan!! ", jerit si peguam tadi dengan kuat..

" Di mana jam tangan Rolex saya?!! "

Friday, 15 October 2010

stinky air from the body

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua tersebut menjawab bahawa dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat.

Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau, dia langsung tidak menyedari jika ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua tersebut mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu, wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

" Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat! " kata wanita itu.

" Bagus! Sekarang deria bau awak dah pulih. Kita akan usaha pula untuk pulihkan deria pendengaran awak ", kata doktor.

Tuesday, 12 October 2010

rogol ?!

Seorang pakcik tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang yang nyaman. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah pakcik tersebut..

Rambut anak muda tersebut dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut pacaknya dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Pakcik tersebut menatap lama anak muda itu..

Merasa terganggu dengan tatapan pakcik tua tersebut, pemuda punk itu bertanya..

" Eh pakcik. Kenapa tenung saya macam tu? Apa dulu masa pakcik muda, pakcik tak pernah buat kerja yang gila-gila? "

Setelah menarik nafas panjang, pakcik tua tersebut menjawap, " Mestilah pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk dan ketika mabuk itulah aku telah merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru. Jangan-jangan kamu adalah anakku. "

Fakta lawak

1- Tahukah anda? Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2- Percayakah anda bahawa air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana setelah kajian dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter. Tanpa air sirap, mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4- Tahukah anda? Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, bapa kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali sebagai papa Razzi.





~diambil daripada internet~

Friday, 1 October 2010

free piano sheet music!

tadi baru lepas selongkar internet.akhirnya lepas dah penat menggodek-godek,jumpa jugak alamat untuk cari piano sheet music yang free.ada jugak yang bagi alat musik lain tapi memandangkan aku tahu main piano je,so banyaknya alamat sheet piano jela:-


semua free.ada yang theme dari movie,cartoon,macam-macam lagi lah.benda ni seronok tau.tu pasal aku nak kongsi ramai-ramai! itupun kalau ada yang minat lar~

kami bukan lesbo!

maaf!tajuk di atas sebenarnya tiada kena mengena dengan entry ni.saje buat gempak.haha
minggu depan start exam.nervous sangat.mintak2 senang je nak jawap paper exam tu.tenang sikit hati.tahun depan nak pindah dari sekolah lama tu sebenarnya.tak tahan lar kat sekolah tu.cukup lar tiga tahun je.tapi kalau tak dapat tawaran sekolah mana-mana nak buat macam mana pulak kan.terima jela~

borang SBP aku dah hantar.yeay!akhirnya man!settle masalah aku.kurang sikit bebanan kepala otak aku.tinggal MRSM je lagi.semalam aku pergi bangunan MARA tapi dye tutup.apekah?!sengal betul.penat-penat aku jalan,last-last tak bukak.cheh!nasib baik ayah boleh pergi hari Isnin ni untuk mintak password tuh.

doakan aku berjaya untuk PMR next week!!!!!