Saturday, 25 December 2010

frust ke aku?

frust ke aku?bila apa yang kita nak tak dapat.memang frust menonggeng la jawabnya.hancurkan harapan ibu bapa.apa lah nasib aku.memang down sangat sekarang ni.tangkap leleh je keje.tak boleh tengok gambar kawan-kawan seronok dapat keputusan cemerlang sikit,mesti nak nangis.baca status kawan kat facebook sikit je,nak leleh.bila member tanya result sikit je,mesti sebak.bertakung air kat mata.target memang straight a's and kalau paling kurang pun 7a's.tapi bukan rezeki aku la nampaknya..pendidikan islam dengan sejarah boleh slack pulak.sejarah tu memang dah boleh agak tapi yang agama tu...

hancur berkecai semua impian.semua member-member rapat dapat straight a's.aku sorang jela yang tak bernasib baik.but i'm lucky too because i ada banyak kawan and akak-akak yang support and chill me out.dyeorang naikkan semangat aku biar aku tak down and pressure sangat-sangat.thanks to kak ana, kak sheeka yang suruh aku jangan fikir-fikirkan lagi pasal benda tu.aku masih ada satu lagi peperangan untuk ditempuhi.do the best for the spm.doakan saya!

p/s:- agaknya aku boleh guna lagi ke perkataan 'DON'T STUDY HARD,STUDY SMART' tuh.memang selama ni aku pegang benda tu.upsr boleh lagi.tapi pmr?kena ke tukar 'STUDY HARD,HARD,HARD,HARD,HARD & DO MORE EXCERCISE,EXCERCISE,EXCERCISE & LOTS OF HOMEWORKS!' ?????

Friday, 10 December 2010

adikku gembira

happy giler adik nurra malam ni.almaklumlah,baru dapat telefon bimbit baru.dye mintak tolong ayah belikan dekat Johor sebab kat situ lagi murah.wahh.nanti jangan sombong yer sebab dah ada phone baru.

phone tu jenama Nokia.jenis apa tak ingat la pulak.tapi memang awal-awal lagi pilih Nokia sebab jenama tu memang tahan lasak.nurra pun guna Nokia jugak.adik nurra memang excited sangat dah nak dapat phone baru.tak makan & asyik berangan je dengan phone lama dye.harini pun tyme abis je sembahyang Jumaat dye terus huha sana huha sini dengan kawan dye promo malam ni dapat phone baru.siap dah 'tempah' lagi lagu-lagu yang nak di'gigibiru'kan lepas ni masuk phone.alahai adik akuuu.....

Thursday, 9 December 2010

counter strike

sape yang pernah main game ni mesti setuju dengan pendapat nurra.game dye memang gempak habis.sape-sape yang cita-cita nak jadi polis ke tentera ke or apa-apa jelah yang dapat pegang pistol & senapang mesti nak merasa punya lah game ni.boleh jugak buat practise awal-awal sebelum interview nak jadi polis nanti.agak-agak kalau pegawai tu tanya ada pengalaman apa-apa ke sebelum ni atau pernah jadi ahli kadet polis ke masa sekolah menengah dulu,korang-korang sekalian boleh la kott jawab 'ADA LA JUGAK PENGALAMAN MAIN COUNTER STRIKE'.haha.kalau dapat pulak korang memang terer habis main game ni,memang gerenti la agaknya 'ANDA DITERIMA!'.haha.oke.jangan layan saya.


kalau rasa-rasa dah macam TERpercaya dengan kata-kata tak dusta nurra ni & rasa macam wow macam best je game yang budak ni cakap atau eh cita-cita aku memang nak jadi polis pun so boleh la kott kalau nak try-try maen game ni TETAPI tak tahu & malas nak google game ni secara online,fine nurra bagi address dye.yeay.nurra syok sendiri padahal orang tutup mata je baca entry ko ni.eh?ada ke yang baca?jangan nak perasan.FINE!


http://www.funnygames.co.nz/play/counter-strike-online

p/s: kalau dapat score tinggi tu jangan lah lupa kasi tips-tips nak main dengan cemerlang.eh kaw plak nurra.jangan buat muka tak malu lah!

Saturday, 4 December 2010

dilema sekolah teknik

sebut je dilema terus teringat drama kat tv masa kecik-kecik dulu.tapi bukan dilema yang tu.ni dilema lain

tadi kawan ada text tanya dapat sekolah teknik tak.terkejut jugak lar pasal macam awal sangat je result keluar.balik je rumah terus on lappy & search laman web KPM.check punya check.BOMMM!!!haha.gempak je.sorry.

TAHNIAH! PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA! (lebih kurang camtu lah)

great!dapat sekolah teknik.cakap kat mama tapi mama macam biasalah.buat tatawu je.nak cakap kat ayah tapi ayah tidur pulak.rasanya parents tak bagi kott sebab tahun lepas akak pun dapat jugak tapi parents tak bagi pegi.ouh dunia!

harap sangat-sangat dapat pindah dari sekolah lama tuh.tak sanggup lagi dah nak tahan dengan songeh-songeh cikgu,pengetua & students kat situ.tak sanggup!!!

mintak-mintak la dapat tawaran sekolah lain..AMINNN  

Saturday, 20 November 2010

perubahan apa?

ish.nurra rasa macam tade ape pun yang diubah.haih =,=".takpelah.lain kali nurra cuba lagi cantikkan blog ni.tolong bagi tunjuk ajar ye..

oh ye,my chemical romance dah keluar single baru kan?tajuk dye 'na na na'.best!try la dengar..

Saturday, 13 November 2010

rupa baru

Blog ni akan di-renovate.jadi nurra nak minta maaf sebab terpaksa private kan blog ni buat sementara waktu.nurra nak buat surprise sikit.idea ni timbul sebab nurra asyik takde mood je nak post entry baru.bila nurra fikir balik,mungkin sebab blog ni tak berapa nak 'umphh' kot.so,nurra ambil keputusan untuk renovate blog ni dan buat beberapa pembaharuan.semoga nurra berjaya kali ni && harap sangat blog jadi semakin bermaya dan bergaya..

Friday, 12 November 2010

hot chick tu apa?

minggu lepas adik aku tanya,apa maksud hot chick.aku jawab maksud dia anak ayam panas.lepas tu tiba-tiba je dia gelak.what?sampai hati kau gelakkan aku ye?! haha.then dia tanya lagi & suruh cakap betul-betul.aku tanya kat dia balik,hot tu maksud dye panas kan?dye jawab ye.then aku tanya lagi,chick tu maksud dye anak ayam kan?dye cakap ye lagi.so?maksud penuh dye anak ayam panas lah kan?..dia terdiam kejap.lepas tu sambung tengok tv balik..

sebenarnya dia tanya soalan tu sebab dia tertengok iklan shout awards tuh.kan ada HOT CHICK AWARDS.dia siap list kan lagi calon-calon anak ayam panas tuh.sebenarnya aku pun tatawu macam mana nak describe kat adik aku apa maksud hot chick tu..tu pasal aku jawab maksud dia anak ayam panas.....


p/s: apa maksud hot chick sebenarnya ek?

Wednesday, 27 October 2010

the happiest day

aku hujung paling kiri

aku yang pakai kasut putih

 
it is all about futsal.semalam ada game futsal kat Kompleks Rakan Muda,Kuala Pilah.memang best sangat la semalam.enjoy gila.santai habis.walaupun team perempuan kalah,at least team lelaki menang lar jugak.haha.hebat betul masing-masing maen.jeles! =_='

muka dah berbelang dah.semua sebab berjemur punya pasal.nak sokong team TMS,semua kitorang sanggup kott.pasal penat sangat semalam,hari ni cuti satu hari.baju,seluar pulang esok tapi takut tak kering jela sebab sekarang ni tengah hujan.dari subuh tadi tak berhenti.hmm,hujan itu nikmat.tidur juga menjadi lenaaa~


esok dak ragbi ada game kat SMK Za'ba.dak futsal akan join untuk bagi sokongan.good luck!

Thursday, 21 October 2010

Materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya. Ketika dia membuka pintu keretanya, sebuah lori memecut terlalu dekat menyebabkan berlaku pelanggaran dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dengan kuat.

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang daripada mereka berkata, " Saya tidak sangka yang sifat materialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. Engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain. "

" Kenapa engkau berkata demikian? ", tanya si peguam lelaki itu menjawab.

" Tidakkah engkau sedar bahawa lengan kiri engkau sudah terputus diseret lori tadi? "

" Ya Tuhan!! ", jerit si peguam tadi dengan kuat..

" Di mana jam tangan Rolex saya?!! "

Friday, 15 October 2010

stinky air from the body

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua tersebut menjawab bahawa dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat.

Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau, dia langsung tidak menyedari jika ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua tersebut mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu, wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

" Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat! " kata wanita itu.

" Bagus! Sekarang deria bau awak dah pulih. Kita akan usaha pula untuk pulihkan deria pendengaran awak ", kata doktor.

Tuesday, 12 October 2010

rogol ?!

Seorang pakcik tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang yang nyaman. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah pakcik tersebut..

Rambut anak muda tersebut dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut pacaknya dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Pakcik tersebut menatap lama anak muda itu..

Merasa terganggu dengan tatapan pakcik tua tersebut, pemuda punk itu bertanya..

" Eh pakcik. Kenapa tenung saya macam tu? Apa dulu masa pakcik muda, pakcik tak pernah buat kerja yang gila-gila? "

Setelah menarik nafas panjang, pakcik tua tersebut menjawap, " Mestilah pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk dan ketika mabuk itulah aku telah merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru. Jangan-jangan kamu adalah anakku. "

Fakta lawak

1- Tahukah anda? Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2- Percayakah anda bahawa air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana setelah kajian dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter. Tanpa air sirap, mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4- Tahukah anda? Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, bapa kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali sebagai papa Razzi.





~diambil daripada internet~

Friday, 1 October 2010

free piano sheet music!

tadi baru lepas selongkar internet.akhirnya lepas dah penat menggodek-godek,jumpa jugak alamat untuk cari piano sheet music yang free.ada jugak yang bagi alat musik lain tapi memandangkan aku tahu main piano je,so banyaknya alamat sheet piano jela:-


semua free.ada yang theme dari movie,cartoon,macam-macam lagi lah.benda ni seronok tau.tu pasal aku nak kongsi ramai-ramai! itupun kalau ada yang minat lar~

kami bukan lesbo!

maaf!tajuk di atas sebenarnya tiada kena mengena dengan entry ni.saje buat gempak.haha
minggu depan start exam.nervous sangat.mintak2 senang je nak jawap paper exam tu.tenang sikit hati.tahun depan nak pindah dari sekolah lama tu sebenarnya.tak tahan lar kat sekolah tu.cukup lar tiga tahun je.tapi kalau tak dapat tawaran sekolah mana-mana nak buat macam mana pulak kan.terima jela~

borang SBP aku dah hantar.yeay!akhirnya man!settle masalah aku.kurang sikit bebanan kepala otak aku.tinggal MRSM je lagi.semalam aku pergi bangunan MARA tapi dye tutup.apekah?!sengal betul.penat-penat aku jalan,last-last tak bukak.cheh!nasib baik ayah boleh pergi hari Isnin ni untuk mintak password tuh.

doakan aku berjaya untuk PMR next week!!!!!
  

Friday, 17 September 2010

bila air sirap rasa macam dakwat pen

bila nak dekat periksa ni mulalah.air sirap rasa macam dakwat pen padahal tak pernah pun rasa dakwat pen.masuk rumah orang datang beraya pun rasa cam masuk dewan periksa.tengok tv macam tengok pengawas peperiksaan dan macam-macam lagi.susah nak gambarkan padahal malas nak taip banyak (T-T).

esok ada karnival raya kat sekolah.ingatkan nak datang tapi rasa macam malas pulak.akak tanak pergi so kena lar turut serta sekali.lagi best duk umah layan tv ker,wat homeworkSS yang melambak tu ke atau study untuk PRA-PMR yang sekolah buat.

p/s:- kawan lama masa sekolah rendah add facebook.waah rasa macam dye makin lawa (T-T)..

Friday, 10 September 2010

yeay dah raya!

oke hari ni dah raya.seronok plus tak seronok.please jangan tanya kenapa.cheh perasan macam ada orang nak tanya haha.after mandi dan sarapan terus breakfast dan macam biasa hadap tv sampai mata berair dan bosan.cerita boleh tahan lar tapi takde la best sangat.saudara dari seremban datang beraya kat rumah dengan one big family dye tapi tak semua.bergaduh dengan dua pupu I guest walaupun budak tu belum masuk darjah satu pun lagi.ye aku tau aku agak kiddo tapi sape boleh tahan kalau budak-budak tu sembur air liur kat rambut raya aku!baru buat tau tak?!sengal~~

bila masing-masing dah blah and ayah balik dari sembahyang jumaat,kitorang cepat-cepat siap untuk pergi beraya ke rumah pertama.macam biasa rumah mak saudara atau kakak ayah.turut dikenali sebagai 'induk'.sudah makan lagi sekali and tengok tv serta diberi duit raya,terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu rumah bapa saudara atau abang ayah.turut dikenali sebagai 'paklang'.dah diberi duit raya masing-masing terus cabut pergi rumah dekat-dekat situ jugak.rumah guru besar skkp.dengar cerita sakit jantung dan baru lepas operate.wah?semoga cepat sembuh ya cegu!


balik rumah terus snap gambar,tukar baju,melantak(makan banyak),pasang api pelita,nak snap pic mercun dan bunga api tapi tak sempat lalu hasrat dibatalkan,mandi.nampak kuih raya macam sedap so makan lagi sekali.oh tidak.time puasa kurus raya dah gemuk balik.actually bukan gemuk buncit je kott!eh.buncit pun tak boleh jugak lar!


selalunya raya kedua pergi raya rumah paklong tapi paklong kata raya ketiga so tak payah pakai baju raya esok.kalau desperate sangat aku akan pakai baju kuning yang tak pernah di pakai tu oke.keje rumah belum siap lagi.alamakk!macam mana ni?!

Saturday, 4 September 2010

RM100

ouh seronoknya!sebelum berbuka puasa tadi,tokcik(datuk saudara)bagi duit raya kat tiap2 orang(adik beradik saya lar).dapat RM100!wah.hepy2.hehe.tadi baru ambik baju raya yang tempah dari bulan april arituh.fuhh.hepy siot.tak sabar nak raya.haha..


hepy2 pun ade jugak sedih sikit.bukan sedih ape pun.just konpius je.still tatawu g nak ambik aliran ape.sbp pilihan.haiyaa!dah lar tarikh tutup 15 oktober 2010(tak silap lar).pening kepala betul..macam nak pilih teknikal tapi takde add math pulak.aku nak ambik add math woo!kalau ambik sains tulen plak kena ambik bio.aku tanak ambik bio sebab kena melancar,banyak membaca.aku ni jenis susah nak melancar.kalau kena banyak membaca tu boleh lagi tapi susah nak masuk dalam kepala jela..

tolong aku!!

Friday, 3 September 2010

kenapa ni..??

kenapa ngan aku tadi?kenapa aku jauhkan diri dari semua orang.bila aku jadi macam tu,nisa akan start tanye sorang2 sape yang ade wat aku kecik aty or sumting like that lar.but hey!tengs nisa.hehe..

sampai kat sekolah tadi,tengah sedap lepak kat bawah kipas dalam kelas,afi sampai n bagi paper yg cegu bagi semalam.(aku tak dtg sekolah).terus siapkan paper BI & MX2 tyme tu jugak sebab afi cakap cegu suh pass up arini jugak.paper Bi wat sendiri but paper MX tuh byk copy afi punye.tak sume okeyh!then sume org (tak sume) tanye nape tak datang semalam.aku just geleng kepala.sampai je kat nisa,dye terus cakap,'haa!aq taw nape!'.tapi malangnye aku tak pandang dye lak tyme tu so aku tatawu ape yang dye cakap kat dak2 ni..


mase nak pegi dewan plak aku sempat lagi tunggu dyeorang sume blah dulu.afi panggil tapi aku buat tatawu je.dah blah sume orang baru aku turun dewan.tyme nak naik tangga tu plak,aku ternampak adeeb && aqmar.oke.saje nak promote name dyeorang sebenarnye..masuk dewan,ternampak cegi bibi.cepat2 masuk kalau tak kantoi lar baby-stokin aku.afi tanya mane aku..(padahal kat depan dye je.dah duduk dah pun)

dengar cegu membebel sume lepas tuh bace surah yassin.then jadi lar aktiviti yang dah disebutkan dalam post sebelum ni.dak form3 pompuan cume aku,madi & nani je tak bangun.malas nak bangun awal2.dah lar kene beratur.nak kena tunggu dak laki abis salam plak tuh.tu belum masuk dak pompuan lagi tuh!dak ni cari n panggil name aku tapi aku tak layan(sory guys!).bila dah nak abis barisan form3 pompuan baru aku masuk line belakang.ajak madi tapi dye tanak.oke.buby madi!


aku jalan sorang2 sampai kat dalam barisan,dak form4 pulak menyusul.hazim kat belakang aku.dah abis salam,tengok botak,hazim f3 && geng2 dyeorang sedang snapping2.ahha.excited aku tengok dyeorang.nampak je aku,,dyeorang panggil suh snap pic ngan aqmar.ish!tade keje aku derr..!!


masuk je kelas,aku sorang dak pompuan.dak ni pikir aq touching(nanges).heloo.tolong sikit!bila tengok aku tak nangis,dyeorg senyap.hee.sambung balik paper BI yang tertangguh.after 5 minutes,nisa masuk ngan fara && dak2 ni.nisa tetiba cakap,'eh.***** tadi tak salam cegu an?'..hey gurlz!?sukati ko je kan?!heshh.sabar jela!


sampai lar balik aku macam tuh.diam memanjang.tyme dalam kelas tu adelah jugak dak2 ni tanye aku kenape tapi nak buat camne.malas nak jawab lar.act,tyme form1 aku lagi pendiam nak mati(dak ni cakap lar).masuk form2 dah start cakap sikit2.masuk form3 dah boleh borak2 jugak lar tapi cegu jas still cakap aku pendiam.haha.jokilah..


p/s:-sory kalu ade sape2 yang rase post kali ni agak bosan,poyo && seangkatan dengannya.ini hanyalah luahan hati dan catatan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan aku pada hari ini!

SMK Tuanku Muhammad


ops!sajer je promote name skola jap.eh.tadi kan,kat sekolah kan,ada kan,,eh.annoying nye aku ni.hmm.tadi lepas bacaan surah yassin kat dewan,cegu suh beratur ikut form n salam cegu.nak ucap selamat hari raya lar konon.ingatkan dapat lar jugak duit raya paling kurang pun RM1 macam tahun2 yg lepas tapi rupenye tahun ni sume cegu aq da pokai.haha.tapi aq still dapat 'duit raya' dari cegu.bukan duit raya pun sebenarnya.homeworkssss man!!oh no!

patutnye tadi tengah 'mengira duit raya' yang cegu bg tapi tergoda pulak dengan hasutan lappy yg menjerit supaya dia di-onlinekan.ceh gedikk punye lappy!tape2.esok lepas tucen aku akan langsaikan cepat sume homework yg dibekalkan && aku nak raya puas2!dua tiga hari pun dah cukup bagus sebab lepas tu aku kena sambung study balik sebab hari selasa tu ade PRA-PMR woah!tanak pisang berbuah dua kali tapi kalau macam tu pun oke jugak sebab untung ape.pisang kita tumbuh dua kali.tayah tanam2 lagi.haha.oke!enough merepek..

 
 

Thursday, 2 September 2010

Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

oh.tadi aku baru search laman web ni.ciss.aku tatawu nak pilih pakej mana satu untuk form 4 nanti.nak ambik sains tulen ke atau teknikal?kalau ambik sains tulen,takut tak boleh bawak pulak.yelah.kena banyak membaca kalau ambik aliran ni.kalau bab membaca ni boleh je cuma yang payahnye nak melancarkan tu je.aku ni darah gemuruh.bile baca tu,alhamdulillah boleh ingat.tapi bila sampai kat dewan peperiksaan je.lupe!astaghfirullah!mintak2 dijauhkan bila PMR nanti!!

kalau ambik teknikal pulak.sama macam akak aku.ish.aku tak suke sama ngan dye.lagipun,kalau ambik teknikal,dengar cite ayah n mama tanak support ape2 kalau smbung belajar nanti.ape?!yeke?tah lar.akak yang cakap.betul ke tidak tah lar..

cepat fikir!tarikh tutup 15 Oktober 2010 taw!nanti susah kalau buat last minute.kena ambik sign pengetua lagi.sijil.aduss!tension!lagi satu,kalau wat last2 jugak,laman web tu sibuk.mesti lambat nak download n loading sume.so nak tanak kene jugak wat cepat2 n sekarang..

raya+pmr?


   +

yeay!raya dah dekat.bila lar ayah nak pasang pelita?

raya tahun ni tak boleh seronok sangat pasal kena jugak study coz lepas raya ada PRA-PMR yang dibuat oleh sekolah.WHAT??!..oh tidak!maknanya time raya ni aku kene baca buku lar?sedih doe.tak boleh raya sakan.takpelah.'PMR comes once in a life but RAYA comes every year!'.that is what my teacher,Miss Wong said..

perasan tak?tiap kali bulan Ramadhan barulah pihak2 tertentu nak bagi derma kat sana sini.ada yang derma duit,belikan baju untuk anak2 yatim dan yang kurang berkemampuan.time ni jugak lah hampir semua surat khabar penuh dengan hal2 yang macam tuh.kenapa bila bulan Ramadhan baru nak menderma?atau saja nak menunjuk?(oh.maaf!bahasa agak kurang enak.bukan nak kurang ajar tapi memang kenyataan pun kan?)

teringat kembali masa pergi bazar kat Seremban.dekat dengan flat.masa tu baru balik dari Hotel Royale Bintang, Seremban sebab ambil exam ABRSM piano grade 5 practical.kat situ,kakak tunjukkan satu signboard yang bertulis,'RAMADHAN SYURGA MAKANAN'.apa?betul ke?adakah Ramadhan merupakan bulan untuk melantak dan makan sepuas-puasnya dan kalau tak habis?membazir namanya.teringat jugak balik kat post dalam blog ayah1 dan blog ayah2..

Wednesday, 1 September 2010

dunia baru!


bila semua orang ada blog,aku pun terasa jugak nak ada blog.mama & ayah pun suruh buat blog.tapi sebenarnya aku memang dah lama ada blog cuma tak ber-update je.malas!takde masa pulak tu.yelah.busy sebab tak lama lagi nak PMR!

blog lama pun aku dah delete.first2 rase sayang sangat nak delete sebab banyak sangat 'luahan perasaan' kat dalam tu tapi ditabahkan jugak hati sebab banyak sangat post yang merepek dalam tuh.

semoga blog kali ni berjaya! aminn~